Gadis Indonesia Berumur 19 Tahun Ini Disihir Berubah Menjadi Nenek
Friday, November 4, 2011, 0 speaks



Terlihat satu laman web dari Indonesia tentang gadis berumur 19 yang berubah menjadi tua akibat disihir. Ada gambar yang disertakan tapi aku macam tak percaya bulat bulat. Lepas cek kat Google rupanya kisah ni memang dah popular kat Indonesia. Ita Susilawati, seorang perempuan yang menjadi pujaan lelaki2 dikampungnya berubah wajah dan badan menjadi nenek tua setelah dia berkahwin dengan suaminya, Hendra. Ketika perkahwinan mereka berumur kira2 3 bulan, Hendra kembali ke kampung halamannya untuk mencari kerja.
Ita kemudian bermimpi dikejar dan dipatuk dua ekor ular yang besar dan berwarna hitam. Pada mulanya dia menganggap itu cuma satu mainan tidur namun selepas tiga hari tengkuknya mula berasa panas dan perit seperti bekas ditampar dengan kuat. Tidak lama kemudian, kedua2 tangan dan pehanya tumbuh bintik2 merah, dadanya mengerut seperti kecut dan berasa seperti direbus dalam air panas!
Semua doktor dan bomoh yang merawat Ita buntu dan tidak tahu apa punca sebenar penyakit misteri yang dideritai Ita. Dia dibawa pulang, suaminya masih tidak balik. Di rumah, Ita makin menderita. Kulit matanya membengkak seperti menutupi bahagian mata dan melebeh. Perutnya pula ditumbuhi benjolan sebesar penumbuk orang dewasa. Ada cerita yang mengatakan sebenarnya Hendra telah merampas Ita yang pada masa itu sudah bertunang.
Namun Ita memutuskan tunang dan berkahwin dengan Hendra. Hendra pula, selepas pulang lalu menemui Ita dalam keadaan begitu, telah pergi semula dan tidak kembali lagi. Korang tau tak lepas tu Hendra kahwin lain! Memang dasar kahwin sebab nafsu je. Bukan nak usaha ubatkan isteri ke kan, ni tak.

Older Post | Newer Posts